Katalog Pertanian



Yee Chin Ming

Rubber Tapper



Yee Chin Ming merupakan salah seorang tenaga pengajar di Malaysian Institute of Art pada tahun 1970 dan merupakan ahli Wednesday Art Group. Bersama-sama Phoon Poh Hoong, beliau melukis mural di Stadium Negara dengan menggambarkan kehidupan dan budaya di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.

'Rubber Tapper' dihasilkan kebanyakannya menggunakan warna-warna sekunder seperti hijau dan jingga. Hijaunya alam semulajadi melambangkan kesuburan pertumbuhan serta keharmonian manakala jingga dikaitkan pula dengan kegirangan, sinaran mentari dan kawasan tropika. Rona jingga ini menjelaskan lagi kesungguhan para penoreh getah dengan pekerjaan mereka. Dalam karya kubisme ini, getah, eksport terbesar negara ketika itu, diketengahkan menerusi tenaga dan kecekalan para penoreh yang tidak mengenal erti lelah.

Abdullah Ariff

Windy Day

WINDY DAY
1956

Abdullah Ariff
Cat air
37.5 x 55.5 cm

Lahir:
1904 - 1962, Georgetown, Penang

Koleksi Bank Negara Malaysia

Hu Te Hsin

Rubber Tapper


Terdedah dengan seni di awal usia, Hu Te Hsin memulakan kembara seninya pada usia enam tahun. Dilahirkan pada tahun 1926, beliau belajar melukis cat air dan arang di sekolah tinggi. Hu Te Hsin mengambil jurusan kesusasteraan dan tulisan kuno di National Peking University, China. Beliau kemudiannya berpindah ke Taiwan dan bekerja secara berkala sambal mempelajari teknik ukiran, cetakan skrin dan grafik.

Pada tahun 1961, seniman ini berhijrah ke Tanah Melayu dan telah mengadakan pameran solo batik. Beliau menyatukan beberapa teknik berbeza dalam catan batiknya, terutama dengan menggabungkan ciri-ciri seni tradisional Cina dengan perincian batik.

Dalam 'Rubber Tapper', Hu Te Hsin melahirkan estetika dengan jelas menggunakan rona lembut dan peringkatan warna. Terdapat dua orang wanita jalan beriringan, membawa timba penuh dengan susu getah. Jauh di hadapan, terdapat seorang kanak-kanak bersama seorang wanita melalui jalan yang sama. Di sekeliling mereka kelihatan pokok-pokok getah yang telah ditoreh menandakan kehadiran manusia yang ramai.

AJ Rahman

Paddy Field

PADDY FIELD
1986

AJ Rahman
Cat air
27 x 37 cm

Lahir:
1922 - 1995, Kedah

Koleksi Bank Negara Malaysia

Maamor Jantan

Senandung


Dilahirkan di Kedah, Maamor Jantan pernah bekerja di sebuah galeri seni pada tahun 1980-an. Di situ beliau telah berkenalan dengan ramai seniman, dan salah seorangnya ialah Khalil Ibrahim. Dengan bimbingan dan galakan Khalil, Maamor menyertai Persatuan Cat Air Malaysia

Keunikan gaya Maamor sebagai seorang pelukis cat air menjadikan beliau salah seorang pelukis muda yang menyerlah ketika itu. Beliau mempunyai bakat semula jadi dan pendekatannya lain daripada yang lain dengan menghasilkan tompokon kesamaran warna yang menarik. Maamor sememangnya gemar melukis pemandangan desa yang indah.

'Senandung' memperlihatkan satu pemandangan yang begitu tenang di bendang. Terdapat rona semula jadi seperti langit biru, padang menghijau, dan tanah keperangan sebagaimana kawasan kampung yang lain. Seniman ini menggambarkan seorang wanita sedang menghurui padi daripada hampasnya menggunakan nyiru. Di latarnya terdapat seorang lagi wanita sedang berjalan bersama anak kecil sedang meniup seruling.

Cheah Yew Saik

Paddy Field - Kedah

PADDY FIELD - KEDAH
1986

Cheah Yew Saik
Cat air
55 x 75 cm

Lahir:
1939, Sungai Petani, Kedah

Koleksi Bank Negara Malaysia

Toya (Lim Khoon Hock)

Ploughing


Toya Lim, yang dibesarkan di Pulau Pinang, telah membiasakan dirinya dengan lukisan cat air, dakwat China, dan batik dari usia yang muda. Walaubagaimanapun, setelah habis sekolah tinggi, beliau terpaksa bekerja sebagai penoreh getah untuk menambah pendapatan keluarganya. Namun akhirnya, nasib beliau berubah pada tahun 1971 setelah diterima melanjutkan pelajaran di Australian National University, Canberra.

Toya juga dikenali sebagai salah seorang seniman batik yang begitu inovatif ketika itu. Beliau menyerapkan teknik Seurat ke dalam catan batik dengan menghapuskan tanda retakan dan garisan yang kebiasaannya kelihatan pada tekstil batik, menjadikannya lebih unik.

Membajak adalah aktiviti menyediakan tanah untuk penanaman benih padi dengan menggemburkannya terlebih dahulu menggunakan bajak atau tenggala. Seperti yang dapat diperhatikan dalam karya Toya, 'Ploughing' ini, seorang petani sedang membajak sawah dengan bantuan dua ekor kerbau yang merupakan satu kaedah tradisional.

Abdul Rahman Rahim

Ricefields and Cows

RICEFIELDS AND COWS
1989

Abdul Rahman Rahim
Cat minyak
50 x 70 cm

Lahir:
1944, Penang

Koleksi Bank Negara Malaysia

Ibrahim Abu Bakar

Harvesting Rice


Sewaktu pendudukan Jepun, banyak pertandingan melukis dianjurkan oleh orang Jepun. Ia merupakan salah satu propaganda mereka sebagai cara untuk meningkatkan taraf hidup. Ibrahim Abu Bakar yang dikenali sebagai A.B. Ibrahim, mengambil peluang ini dan kerana bakat seninya itu, beliau dikecualikan daripada dikerah oleh orang Jepun untuk membina landasan kereta api di antara Burma dan Siam yang dikenali sebagai "Landasan Kereta Api Maut".

Ibrahim, seniman autodidak yang gemar menggunakan cat air ini, mahir dalam mengasyikkan lagi pemandangan dan suasana tempatan. Walaupun lahir dan dibesarkan di Alor Setar, namun begitu, beliau banyak menghabiskan waktu menjual karyanya dan mencari ilham di Pulau Pinang.

Karya 'Harvesting Rice', menunjukkan pemandangan luar bandar yang menggambarkan rona tanah sawah, merupakan gambaran seniman terhadap salah satu perusahaan ekonomi luar bandar. Ibrahim juga menyerlahkan warna-warna terang seperti jingga dan biru, yang melambangkan tenaga, sihat tubuh badan dan kecergasan pada figura-figuranya.

Ismail Mat Hussin

Tumbuk Padi

TUMBUK PADI
1990

Ismail Mat Hussin
Batik
99 x 107 cm

Lahir:
1938 - 2015 Kota Bharu, Kelantan

Koleksi Bank Negara Malaysia

Abdullah Ariff

Coconut Plantation

COCONUT PLANTATION
1948

Abdullah Ariff
Cat air
38 x 56 cm

Lahir:
1904 - 1962, Georgetown, Penang

Koleksi Galeri Petronas

Chang Yoong Chia

The Cakra

THE CHAKRA
2013

Chang Yoong Chia
Kolaj setem pos dan gam PVA
92.5 x 59.5 cm

Lahir:
1975, Kuala Lumpur

Koleksi Bingley Sim & Ima Norbinsha

Hoessein Enas

Untitled

UNTITLED
1965

Hoessein Enas
Cat minyak
83 x 110 cm

Lahir:
1924 - 1995, Bogor, Indonesia

Koleksi Zain Azahari

Tay Mo Leong

Rubber Trees

RUBBER TREES
1960-an

Tay Mo Leong
Batik
90 x 65 cm

Lahir:
1938, Penang

Koleksi Yayasan Ilham