Mohd Hoessein Enas
Nafkah
Karya yang mempesonakan ini dilukis oleh Hoessein Enas yang merupakan 'Bapa Lukisan Potret Malaysia'. Dilahirkan pada tahun 1924 di Bogor, Jawa Timur, beliau menetap di Tanah Melayu pada tahun 1947. Bakat luar biasanya sangat dikenali sehinggakan pada tahun 1990, Sultan Selangor ketika itu telah menganugerahkannya gelaran 'Pelukis Potret Diraja'.
Seperti yang dapat diperhatikan dalam karya ini, Hoessein Enas menggunakan rona redup bagi menggambarkan suasana yang konservatif dengan daya tariknya yang tersendiri. Seniman ini juga menggambarkan gerak tubuh yang menonjolkan kegigihan dan kesungguhan para nelayan. Menerusi gabungan warna dan perincian yang mendalam, Hoesein Enas dapat menghidupkan karya ini. Hinggakan para pengamat dapat membayangkan kehidupan yang dilalui oleh mereka dengan bekerja keras bagi mencari nafkah. Sehubungan itu, karya ini dinamakan 'Nafkah'.
WATER, SHIP, LIFE 2
1988
Chan Chiow Teng
Cat minyak
98 x 98 cm
Lahir:
1949
Koleksi Bank Negara Malaysia
Salah seorang seniman perintis, 'Bapa Seni Lukis Malaysia', Yong Mun Sen dilahirkan di Sarawak. Di usia lima tahun, beliau telah mula melukis cat air dan menerima latihan catan berus China dan kaligrafi di Wilayah Kwangtung, China. Walaupun didikan formalnya sebegitu, beliau lebih gemar melukis dengan menggunakan cat air dan cat minyak.
Pada tahun 1918, beliau berpindah ke Singapura dan bekerja di sebuah kedai buku. Di sana, beliau antara yang menubuhkan Persatuan Pelukis-pelukis Cina Singapura dan menjadi timbalan presidennya. Setelah dua tahun, Mun Sen menetap pula di Pulau Pinang dan menubuhkan Tai Koon Art Studio di Jalan Chulia, yang dipercayai studio fotografi pertama di situ.
Dalam 'Kelong', Mun Sen menggambarkan sebuah kelong, iaitu pelantar luar pesisir yang tinggi diperbuat daripada kayu, yang direka untuk menangkap ikan atau penternakan ikan. Ia boleh ditemui di perairan Malaysia, Filipina, Indonesia dan sebahagian Singapura. Sebagaimana diperhatikan oleh Yong Mun Sen, pelantar ini sarat dengan kehidupan dan aktiviti manusia.
SIRI TERENGGANU II
1989
Hassan Mohd. Ghazali
Cat minyak
50 x 75 cm
Lahir:
1959, Perak
Koleksi Bank Negara Malaysia
Salah seorang pelukis cat air tempatan, Shafie Hassan dilahirkan dan dibesarkan di Kedah. Graduan Universiti Sains Malaysia ini, begitu teliti menggunakan konsep realisme dalam catannya, dengan subjek yang begitu dekat dengan dirinya daripada konteks sosiobudaya. Seniman ini berpandangan bahawa pentingnya merakam budaya lama dan tradisional sebelum ia dilupakan dalam arus kemodenan.
Ia dapat disaksikan dalam karyanya, 'Seniman dan Warisan - Serkap Ikan' yang menunjukkan pembuatan serkap ikan yang biasa digunakan dahulu. Oleh kerana persaingan meningkat disebabkan mereka yang terlibat dalam industri perikanan secara besar-besaran, serkap ikan seperti ini tidak lagi menjadi pilihan nelayan kerana mereka terpaksa memodenkan cara hidup, untuk meneruskan kehidupan dengan bekerja keras.
'Serkap Ikan' ini membawa para pengamat ke rumah kampung tradisional untuk menyaksikan dua orang kanak-kanak sedang melihat bapa mereka sedang membuat serkap ikan. Detik ini diabadikan dengan olahan cat air.
BIG CATCH
1989
Abdul Rahman Rahim
Cat minyak
54 x 69 cm
Lahir:
1944, Penang
Koleksi Bank Negara Malaysia
Khalil Ibrahim, yang gemar melukis dengan menggunakan cat air dan akrilik, merupakan salah seorang seniman yang terkenal di Malaysia. Dengan kerjaya seninya yang melebihi 50 tahun, aliran karyanya adalah pelbagai, daripada realisme sehinggalah ke abstrak. Tokoh legenda ini menerima latihan di Central Saint Martins School of Art and Design di London.
Khalil lebih memilih untuk melukis sosok manusia berbanding objek tidak bernyawa, dan ia dapat dilihat daripada karya diptic yang berjudul 'Nelayan'. Berlatarkan perkampungan nelayan Melayu, sekumpulan lelaki hanya bersarung pendek, berkumpul bersama sedang menyiapkan peralatan menangkap ikan. Pemandangan ini berlaku di tepian pantai, dengan pasir putih halus yang dilukis dengan warna krim lembut. Warna-warna primer seperti biru dan merah digunakan untuk memberi gambaran fizikal yang lebih jelas.
Menerusi catan ini dan beberapa karya lain, Khalil memberi penghormatan yang sewajarnya kepada para nelayan yang gigih semenjak era sebelumnya. Karya-karya beliau akan berterusan mempamerkan perjuangan nenek moyang kita secara fizikal di pinggir laut tanpa adanya teknologi terkini seperti sistem pemerum gema dan penghela pukat.
TAWAR MENAWAR
1985
Rafie Abdul Rahman
Cat minyak
85 x 124.5 cm
Lahir:
1947, Indonesia
Koleksi Bank Negara Malaysia
Keng Seng Choo, graduan Nanyang Academy of Fine Arts, dilahirkan pada tahun 1945 di Alor Setar, Kedah. Lebih daripada 40 tahun dalam seni, Keng Seng Choo dikenali dengan penguasaan olahan cat airnya dan catan batik yang halus. Beliau mencurahkan minatnya dengan menggunakan teknik yang unik untuk menggambarkan alam benda atau objek.
'Fishing Village' merupakan salah satu karya cat air Keng Seng Choo. Berlatarkan laut, dengan perkampungan nelayan, seniman ini menghasilkan pemandangan yang begitu tenang tanpa nelayan yang pulang berehat, setelah seharian bekerja keras. Karya catannya yang teliti dan luar biasa, kelihatan mengkhayalkan dan lapang di mata, serta menggugah perasaan. Ianya suatu pemandangan yang dirasakan begitu sentimental bagi mereka yang melihatnya.
NETS AND BOATS
Tanpa tarikh
G.K Tay (Tan Gek Kheam)
Cat minyak
48 x 63 cm
Lahir:
Tiada Maklumat
Koleksi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
SHELL SEARCHES, MUKA HEAD, PENANG
Tanpa tarikh
Yee Mook Sin
Cat minyak
48 x 63 cm
Lahir:
1943 - 2013, Ipoh,Perak
Koleksi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
SEBERANG TAKIR
1964
Yeoh Jin Leng
Cat minyak
23.5 x 31.5 cm
Lahir:
1929, Ipoh, Perak
Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia
MENJEMOR JARING II
1963
Seah Kim Joo
Cetakan kayu
69 x 48 cm
Lahir:
1939, Singapura
Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia