Katalog Perlombongan



Chung Chen Sun

Tin Mine


Chung Chen Sun yang dilahirkan di Melaka bukan sahaja seorang seniman, tetapi juga seorang pensyarah seni. Selepas menamatkan pengajian di Nanyang Academy of Fine Arts pada tahun 1955, beliau menjadi ahli pengasas Malaysian Institute of Art (MIA) 12 tahun kemudian. Chen Sun kemudian menyambung kerjayanya sebagai profesor di Chinese Cultural University, Taiwan pada tahun 1981. Di sana beliau menubuhkan International Contemporary Ink Painting Association dan mempromosikan bentuk karya catan dakwat kontemporari ke dunia.

Dalam 'Tin Mine' ini, Chen Sun menggunakan catan dakwat sebagai bahan untuk menggambarkan pemandangan perlombongan bijih timah yang menarik perhatian. Pasir yang basah dan mengalir kelihatan di latar hadapan, dan struktur perindustrian di bahagian belakangnya pula menandakan perusahaan perlombongan pada masa itu.

Keng Seng Choo

Tin Mining

TIN MINING
1989

Keng Seng Choo
Cat air
75 x 55 cm

Lahir:
1945, Alor Setar, Kedah

Koleksi Bank Negara Malaysia

Chin Kon Yit

Gedung Raja Abdullah Kelang


Di antara tahun 1969 sehingga 1985, Chin Kon Yit bekerja sebagai seorang kartunis di tiga surat khabar utama bahasa Cina di Malaysia, sebelum berkhidmat sebagai pereka grafik. Salah satu kejayaan yang dicapainya sebagai seorang seniman ialah melalui penerbitan siri 'Sketchbook' yang menggambarkan dan memberikan perincian kepada beberapa bandar utama di Malaysia.

Dalam 'Gedung Raja Abdullah Kelang', Kon Yit menzahirkan sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1856 di Klang, Selangor. Kala ini ia ditutup untuk kerja-kerja baik pulih. Asalnya bangunan ini adalah sebuah gedung menyimpan bijih timah untuk salah seorang perintis perlombongan bijih timah Melayu, Raja Abdullah. Bangunan ini juga pernah menjadi pejabat kerajaan dan Ibu Pejabat Polis daerah Klang.

Chin Kon Yit yang begitu mahir dengan cat air, lebih gemar menggunakan warna lembut dengan sentuhan rona terang untuk memberikan penekanan dan penjelasan terhadap subjeknya. Catan ini antara karya yang menunjukkan perincian tekstur seperti pada pohon dan bumbung yang menghasilkan suasana tenang.

Tajuddin Ismail

Gedong Raja Abdullah - Kelang

GEDONG RAJA ABDULLAH - KELANG
1988

Tajuddin Ismail
Cat air
45 x 60 cm

Lahir:
1949, Negeri Sembilan

Koleksi Bank Negara Malaysia

Raphael Scott

The Bau Goldmine


Raphael Scott Ahbeng, yang berasal dari Bau, Sarawak, terkenal dengan karya landskap tanah kelahirannya. Kepelbagaian karyanya terdiri daripada catan abstrak dan landskap serta figura. Malah beliau melakar orang dalam bentuk kartun, lengkap dengan potongan dialog yang lucu.

'The Bau Goldmine' menumpukan rona cahaya dan kontras dengan garis-garis bebas. Raphael seakan asyik dengan limpahan bayang-bayang, gunungan yang padat, dan cerminan tasik. Beliau turut menggambarkan para pekerja berkumpul setelah seharian melombong.

Lombong emas yang mula beroperasi pada abad ke-18 ini, telah ditutup pada tahun 1921. Catan ini secara tidak langsung memelihara peninggalan lombong emas Bau yang telah lama 'hilang' untuk generasi akan datang memperingatinya.

Long Thien Shih

Raja Abdullah Builds Gedong To Store Tin

RAJA ABDULLAH BUILDS GEDONG TO STORE TIN
1985

Long Thien Shih
Dakwat
49.5 x 59 cm

Lahir:
1946, Selangor

Koleksi Bank Negara Malaysia

Hu Te Hsin

Tin Mining


Hu Te Hsin dilahirkan pada tahun 1926 dengan bakat seni. Beliau sering menggabungkan teknik seni lukis China dan catan batiknya dengan unsur puitis.

'Tin Mining' menggambarkan beberapa orang pendulang Cina sedang melanda atau mendulang bijih timah dengan menggunakan dulang di lombong yang separas lutut. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, proses perlombongan dilakukan secara manual, tanpa bantuan mesin. Bijih timah dipam ke palung di mana ia dikumpulkan dan diasingkan daripada lumpur.

Warna terang seperti merah dan jingga, banyak digunakan dalam karya ini. Ia dibuktikan dengan latar berona jingga seperti karang laut dan baju kemerahan yang dipakai para pendulang, warna yang sering dikaitkan dengan nasib yang baik dalam budaya Cina.

Abdullah Ariff

Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya

BUMI BAHAGIA LOMBONG BIJIH MALAYA
1960

Abdullah Ariff
Cat air
36.4 x 54.1

Lahir:
1904 - 1962, Georgetown, Penang

Koleksi Balai Seni Lukis Negara

Long Thien Shih

Tin Mine

TIN MINE
1962

Long Thien Shih
Cat air dan pastel lembut
28 x 76 cm

Lahir:
1946, Selangor

Koleksi Artis

Wong Kean Choon

Dulang Washers

DULANG WASHERS
1980-an

Wong Kean Choon
Cat air dan pastel lembut
60 x 82 cm

Lahir:
1942, Perak

Koleksi Artis

Tham Peng Choon

TIN MINING

TIN MINING
1978

Tham Peng Choon
Cat minyak
82 x 118 cm

Lahir:
1946 - 2017, Perak

Koleksi Persendirian

Eric Peris

Dulang Washers

DULANG WAHSERS
1970-an

Eric Peris
Jenis C cetak digital
52 x 75 cm

Lahir:
1939, Johor Bahru, Johor

Koleksi Artis