Harun Hj. A. Bakar
Hari Pasar di Kelantan
Menerusi 'Hari Pasar di Kelantan', Harun A. Bakar menerapkan teknik pointilisme, iaitu titik-titik warna yang kecil digunakan untuk membentuk citra lengkap. Langit biru dan pemandangan cerah menunjukkan suasana meriah di pagi yang terang dan ceria. Orang ramai sibuk ke sana-sini di dalam pasar, berpakaian warna-warni berkain batik, berselendang di kepala, seperti kebiasaannya diamalkan oleh wanita Muslim.
Karya ini menunjukkan suasana di Kelantan, sebuah negeri yang mempunyai kadar tertinggi penganut agama Islam di Malaysia. Pada hari ini, pemandangan unik ini masih dapat dilihat di Pasar Besar Siti Khadijah, di mana para peniaga kebanyakannya wanita, yang terkenal dengan kepintaran berniaga.
PASAR TEPOH TERENGGANU
1959
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Fotografi
32.5 x 47.5 cm
Lahir:
1907 - 1979, Kuala Terengganu, Terengganu
Koleksi Bank Negara Malaysia
Daripada seorang pemerintah kepada seorang yang begitu gemar mengambil gambar, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan Sultan Terengganu yang ke-14 (1946-1979). Pada tahun 1923, baginda menerima kamera yang pertama di usia 16 tahun. Baginda sememangnya ditakdirkan untuk menjadi seorang raja yang berterusan minat seninya.
Seorang perintis yang mahir di negara ini sewaktu era pemodenan global. Almarhum dipilih untuk menyertai Associate of the Royal Photographic Society di United Kingdom pada tahun 1958. Baginda turut dinyatakan sebagai jurugambar berpengaruh dalam sejarah menerusi 'Photographer: Webster's Timeline History, 1800-1989'.
Naluri Almarhum sebagai penjelajah yang berani telah menghasilkan koleksi gambar yang berterusan memberi peluang kepada generasi akan datang mengetahui kehidupan seharian di negara ini. Baginda lebih gemar menggambar lingkungan dan kehidupan rakyat biasa berbanding kehidupan diraja dan acara rasmi.
Gambar 'Trade Tricycle' ini, menyaksikan rakyat biasa yang kelihatan sibuk membeli dan menjual buah-buahan. Walaupun hanya monokrom, gambar ini merakam kehidupan jalanan yang meriah dengan sentuhan perincian seperti pakaian yang dipakai, struktur bangunan dan gerai itu sendiri.
PEREMPUAN PASAR
1990
Ismail Mat Hussin
Batik
105 x 114 cm
Lahir:
1938 - 2015 Kota Bharu, Kelantan
Koleksi Bank Negara Malaysia
Dilahirkan di Melaka, Chiang Shih Wen merupakan graduan Kuala Lumpur College of Art. Seniman sepenuh masa ini pernah menerima Anugerah Kecemerlangan melalui Pertandingan Bakat Muda yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau pada tahun 1981.
Catan 'Street Scene KL' ini antara karya yang menggambarkan pemandangan jalanan di Kuala Lumpur. Shih Wen menggunakan cat air untuk menunjukkan hari yang cerah, dengan pancaran matahari pada orang dan gerai di situ, mewujudkan suasana yang meriah dan sibuk di jalan-jalan di ibu kota kita.
PISANG SESIKAT
1990
Rahmat Ramli
Pastel lembut
52 x 73 cm
Lahir:
1964, Thailand
Koleksi Bank Negara Malaysia
"Mengembara, memerhati dan melukis, bagi saya itu adalah cara untuk belajar," kata Chang Fee Ming secara ringkas menyatakan falsafah hidupnya.
Fee Ming merupakan seniman autodidak yang memulakan kerjayanya sebagai seniman pada awal tahun 1980-an. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu, seniman ini kerap mengembara dan dapat disaksikan daripada karya-karyanya yang menunjukkan pemandangan dari pelbagai negara. Beliau sering berkarya dengan menggunakan cat air untuk melukis pemandangan luar bandar.
Selama lebih dari 20 tahun, Fee Ming mencari penduduk dan pemandangan di Asia Tenggara untuk dijadikan subjek dalam karyanya. Salah satunya ialah karya ini yang bertajuk 'River Market'. Melalui pakaian wanita ini, ia menunjukkan suasana yang dirakam di Pantai Timur, kerana mereka memakai kain sarung batik, dan gaya kain penutup kepala. Beliau berjaya menggambarkan suasana pasar di sungai sekitar tahun 1980-an, dengan komposisi warna dan kesan cahaya dan tekstur yang terperinci.
DURIAN SELLERS
1990
Chuah Thean Teng
Batik
88 x 88 cm
Lahir:
1912 - 2008, Fujian, China
Koleksi Bank Negara Malaysia
Tan Chiang Kiong menerima pendidikan seni secara rasmi bermula pada malam Merdeka 30 Ogos 1957, ketika beliau meninggalkan Tanah Melayu untuk belajar Seni Halus di National Taiwan Normal University, Taipei. Semenjak itu, seniman kelahiran Pulau Pinang ini lebih dikenali dengan penggunaan cat air yang dipengaruhi oleh seni lukis China.
'Penang in December' menampilkan gaya catan yang cukup impresionis dengan menggunakan cat air. Ia menggambarkan sebuah jalan yang berhampiran dengan Wisma Kastam, sebuah bangunan yang terkenal dengan menara jam sebagai latar belakang. Ia pernah menjadi Bangunan Keretapi Tanah Melayu yang dibina pada tahun 1907.
Warna hangat yang lembut digunakan pada latar belakang menunjukkan beberapa buah bangunan. Ia kontras dengan petunjuk warna yang terang pada gerai, bendera, sepanduk, bagi menggambarkan pemandangan yang sibuk. Chiang Kiong malah telah menyuntik suasana pada karyanya seperti cuaca mendatang, serta pemandangan dan suara kampung halamannya. Di situ, persekitarannya selalu berubah secara tersirat namun selari dengan rasa optimis.
BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI ATAS DUA RODA
1976/77
Ismail Hashim
Kolaj foto
106 x 130 cm
Lahir:
1940 - 2013, Sungai Ara, Penang
Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia
MARKET (CRAVEN A)
1955
Kuo Ju Ping
Cat minyak
49 x 49 cm
Lahir:
1908 - 1962, Penang
Koleksi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
OPEN-AIR MARKET
1981
Chia Yu Chian
Cat minyak
64 x 81.5 cm
Lahir:
1936 - 1991, Johor
Koleksi Keluarga Artis
MEMBELI BELAH DI KAMPUNG
1959
Mohd Salehuddin
Cat minyak
89.5 x 76.57 cm
Lahir:
1914 - 1982, Teluk Panglima Garang, Selangor
Koleksi Balai Seni Negara