Pengenalan

Chuah Thean Teng

Malaysian Life, 1970, Batik



Chuah Thean Teng, yang juga dikenali sebagai Teng dilahirkan di Fujian, China pada tahun 1912. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya iaitu di Amoy Academy of Art. Beliau berusia 14 tahun ketika pertama kali datang ke Tanah Melayu untuk membantu ayahnya mengendalikan perniagaan dagangan payung kertas, sikat dan barangan lain di Pulau Pinang. Pada tahun 1932, Teng kembali semula ke Pulau Pinang dan minatnya terhadap batik makin mendalam setelah membuka kilang sarung dan ia merupakan suatu titik tolak penting dalam hidupnya.


Teng percaya bahawa dengan melukis batik secara jelas, dapat menarik perhatian para pengamat terhadap karyanya 'Malaysian Life'. Melalui imejan orang sedang menoreh getah, menumbuk padi, menyusun ikan kering dan mengangkat sebakul penuh buah-buahan tempatan, beliau telah menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia dan adat kemasyarakatannya pada tahun 1970.