Garis Panduan Pelawat

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) dan Kedai Muzium dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang (ditutup pada setiap hari Isnin dan 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri). Masuk adalah percuma! Kemasukan terakhir: 4:30 petang

Berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi semasa berada di BNM MAG untuk memastikan keselamatan para pelawat:

  1. Kemasukan secara jumpa terus atau ‘walk-in’ dibenarkan.
  2. Tempahan awal melalui e-mel diperlukan bagi lawatan berkumpulan sekiranya jumlah peserta melebihi 20 orang. Sila e-melkan ke [email protected]
  3. Beg, makanan, minuman serta aksesori kamera termasuk tripod dan monopod tidak dibenarkan. Hanya dompet, telefon bimbit dan kamera dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam galeri.
  4. Loker disediakan bagi penyimpanan beg, jika perlu.
  5. Untuk tujuan keselamatan, BNM MAG dipantau dengan pengawasan CCTV..
  6. Kedai Muzium hanya menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad debit/kredit sahaja.

Etika Muzium

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia mempunyai hak untuk tidak membenarkan pelawat memasuki premis ini sekiranya didapati melanggar peraturan. Peraturan ini adalah bagi memastikan semua pengunjung memperolehi pengalaman menarik sepanjang lawatan ke Muzium.


Menyentuh

Pengunjung dilarang menyentuh karya seni/artifak yang dipamerkan di galeri. Sentuhan boleh merosakkan karya seni/artifak. Pastikan jarak selamat sekurang-kurangnya 3 langkah antara anda dan setiap karya seni/artifak.

Makanan dan minuman

Pengunjung hanya dibenarkan untuk makan dan minum di Kafe Muzium atau di kawasan yang ditetapkan sahaja.

Keselamatan

Beg adalah tertakluk kepada pemeriksaan. Pengunjung tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam galeri.

Hilang dan jumpa

Sekiranya terjumpa barang yang ditinggalkan oleh pengunjung lain, sila serahkan dengan segera ke kaunter Muzium atau anggota keselamatan yang bertugas. Barang-barang hilang yang tidak dituntut akan dimusnahkan selepas satu bulan. Sila hubungi kami di talian +603 9179 2784 untuk sebarang pertanyaan.

Fotografi dan Videografi

Fotografi dan Video hanya dibenarkan bagi tujuan bukan komersial. Penggunaan cahaya kamera adalah tidak dibenarkan di Galeri Seni. Sebarang aktiviti penggambaran lain memerlukan kelulusan daripada pihak pengurusan Bank Negara Malaysia. Aksesori kamera termasuk tripod dan monopod tidak dibenarkan.

Bunyi bising

Sila bertutur dengan nada yang rendah supaya tidak mengganggu pengunjung lain bagi menghayati bahan pameran di Muzium ini.

Kemudahan

Semua galeri adalah mesra pengunjung bagi yang berkerusi roda dan menggunakan kereta sorong bayi. Jika perlu, pengunjung boleh meminjam kerusi roda dan kereta sorong bayi yang disediakan di Kaunter Muzium, Aras Bawah.

Kod pakaian

Pengunjung dinasihatkan untuk berpakaian sopan dan bersesuaian serta tidak digalakkan untuk memakai selipar atau kasut yang bertapak licin bagi mengelakkan daripada terjatuh.

Bermain

Kanak-kanak hendaklah sentiasa diawasi oleh orang dewasa. Dilarang berlari, menolak atau melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang boleh merosakkan bahan pameran serta membahayakan pengunjung yang lain.

Haiwan peliharaan

Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke Muzium.



Rancang Lawatan Anda

TINGKAT BAWAH

TINGKAT DUA

TINGKAT TIGA

Galeri Muzium Maya

Alami galeri-galeri menerusi dunia maya