Jelajah e-MAG


Selamat datang ke MAG!

Galeri Kanak-kanak, Galeri Numismatik, dan Galeri Bank Negara Malaysia.

Galeri Kewangan Islam, Galeri Ekonomi and Galeri Seni.

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Menawarkan enam galeri tetap dengan pelbagai tema iaitu: Galeri Kanak-kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. Galeri-galeri ini menyelami ekonomi Malaysia, peranan Bank Negara Malaysia di dalam pembangunan ekonomi serta landskap kewangan negara sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga kini. Seiring dengan peranan Bank Negara Malaysia sebagai penaung warisan numismatik dan pendukung warisan seni Malaysia, muzium ini menampilkan koleksi khazanah numismatik yang seusia sejarah negara serta koleksi karya-karya seni yang dinamik dari Malaysia dan rantau ASEAN.
Bagi memberikan perkongsian yang lebih bermakna kepada orang ramai, BNM MAG meningkatkan pengalaman pengunjung dengan menawarkan pameran sementara yang berinovatif, program-program khas serta aktiviti jangkauan luar untuk memperkukuh dan menambah ilmu pengetahuan segenap lapisan masyarakat.

Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Akta BNM 1958 ini telah digantikan dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009 berkuatkuasa 25 November 2009. Bank Negara Malaysia (Bank) merupakan badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Bank bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Bank Negara Malaysia .

Ikon Nautilus

Salah satu element yang menonjol di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ialah tangga Nautilus yang bermula dari lobi dan berhubung pada setiap aras. Struktur yang menakjubkan ini merupakan ikon utama inpirasi grafik. Ikon ini selalu digunakan dan disebar sebagai bahan komunikasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sebagai elimen grafik, simbol yang berputar menggambarkan keinginian untuk mendalami ilmu tanpa noktah. Rekaan pergerakan ibarat aliran air melambangkan lontaran rasa ingin tahu and sentiasa tertanya-tanya. Pendek kata, pusingan ini membangkitkan perasaan ingin tahu.

Kunjungi Galeri Kami