Jom Buat Tabung*

Aktiviti ini merupakan aktiviti pendidikan dan menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 9 tahun. Kanak-kanak berpeluang untuk membuat tabung kertas sendiri dan mempelajari konsep berjimat, berbelanja dan berkongsi. Aktiviti ini juga mengajar kanak-kanak bahawa mereka juga boleh memilih cara untuk menguruskan wang mereka sendiri.

Berapakah Umur ‘Ringgit’?

Dari manakah perkataan “Ringgit” wujud? Taklimat selama 45 minit ini membawa anda melihat kembali sejarah mata wang yang pernah digunakan di Malaysia. Keseronokan akan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat pada sesi pendedahan ini. Minat kanak-kanak terhadap bidang numismatic mungkin akan timbul dan ini boleh menambahkan para penyelidik/pengumpul di bidang numismatik.

Bank Negara Malaysia - Apa yang kami lakukan?

Taklimat selama 45 minit ini menceritakan tentang peranan dan fungsi Bank Negara Malaysia. Penyertaan taklimat perlu di maklumkan lebih awal dan tertakluk kepada kesediaan fasilitator.

Apa Itu Wang*

Tahukah anda tentang asal usul wang? Mengapakah wang sangat penting dalam kehidupan seharian? Pelajari sejarah awal pertukaran dan bentuk matawang sepanjang zaman. Fahami faktor-faktor yang menyebabkan perubahan bentuk mata wang dan konsep asas peredaran wang dalam pasaran. Program ini dibentuk khusus untuk pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Helaian kerja Numismatik

Pelajar berpeluang untuk menerokai pengetahuan yang bernilai melalui kunjungan dan aktiviti pendidikan semasa lawatan ke Galeri Numismatik. Teroka dan pelajari jenis-jenis wang melalui aktiviti kertas kerja. Kertas kerja berpanduan sendiri ini disediakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Taklimat ‘Mengenali Wang Kertas Anda’

Taklimat ini merangkumi tajuk-tajuk seperti ciri-ciri keselamatan, nilai tukaran untuk matawang yang rosak, langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya menemui matawang palsu dan cara untuk mengendalikan wang kertas polimer. Taklimat ini juga akan mengajar cara yang paling mudah untuk mengenali matawang kita dengan menggunakan kaedah ‘Rasa, Lihat, Sendeng dan Semak’.