Sukarelawan diperlukan!

Anda meminati warisan numismatik, karya seni, program pendidikan, lawatan muzium dan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia? Serlahkan bakat dan kreativiti anda untuk menjadikan Muzium ini yang terbaik!

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan di sebalik tabir. Dengan menyertai FoMAG, anda akan marasai sendiri pengalaman berada di persekitaran yang menarik dan menyeronokkan. Bekerjasama dengan kurator kami dan mengenali sukarelawan lain yang mempunyai minat yang sama.

Kami memerlukan bantuan anda dalam:

  • Sukarelawan Di Sebalik Tabir – Penglibatan di sebalik tabir pameran dan acara berprofil tinggi yang melibatkan kemahiran fotografi, reka bentuk, penyelidikan, dan teknologi maklumat.
  • Pembantu Program – Membantu dalam menjalankan program seperti bengkel pengurusan wang, program umum, kelas seni dan sebagainya.
  • Pemandu Pelawat – Menyertai lawatan berpandu dengan membawa pelawat melawat kawasan galeri dan pameran, menjadi fasilitator di acara khas dan membantu demonstrasi pameran.
  • Penyambut Tetamu – Mengalu-alukan kedatangan pelawat, menguruskan pelawat dan memberi maklumat tentang galeri, pameran dan kemudahan yang disediakan.

Komitmen Masa

  • Minimum 20 jam setahun.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon yang berusia 16 -18 tahun hendaklah menyertakan surat persetujuan dari ibu bapa atau penjaga yang sah.
  • Semua pemohon haruslah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh kemasukan.
  • Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa lain adalah suatu kelebihan.
  • Lulus proses pemeriksaan keselamatan.

Latihan

  • Pemohon-pemohon yang berjaya akan diberikan sesi pengenalan dan latihan tentang Muzium dan Galeri Seni serta program yang akan dianjurkan.
  • Cara Untuk Memohon?

    • Untuk menyertai FoMAG, sila lengkapkan borang permohonan yang dilampirkan.