Pengumuman

Galeri Seni akan ditutup buat sementara waktu, dari Selasa, 30 Januari 2024 hingga Isnin, 01 April 2024.

Penutupan ini bertujuan untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Terima Kasih

Maklumat Galeri

Galeri seni mempamerkan koleksi seni Bank Negara Malaysia secara giliran. Ia terdiri daripada lukisan, cetakan, lakaran dan arca yang menyorotkan pembangunan negara dan sokongan Bank Pusat terhadap seni. Antara yang diketengahkan ialah pengkarya awal seperti Mohd Hoessein Enas, Yong Mun Sen, Chuah Thean Teng, Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussein sehinggalah kepada seniman muda hari ini.

  • Galeri Utara & Selatan
  • 10000 Kaki Persegi