Garis Panduan Pelawat

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) dan Kedai Muzium dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. BNM MAG dan kedai muzium ditutup pada setiap hari Isnin. Masuk adalah percuma.

Berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi semasa berada di BNM MAG untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pelawat:

  1. Waktu lawatan BNM MAG terbahagi kepada dua sesi iaitu pada Sesi Pagi (10.00 pagi – 1.00 tengah hari) dan Sesi Petang (2.00 petang – 5.00 petang).
  2. Terhad kepada 40 orang pelawat pada satu sesi. Tempahan slot lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari lawatan. Sekiranya tempahan slot anda berjaya, sila tunjukkan e-mel pengesahan yang dihantar oleh pihak BNM MAG semasa hari lawatan.
  3. Kemasukan secara jumpa terus atau ‘walk-in’ tidak dibenarkan.
  4. Lawatan berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan.
  5. Anda perlu imbas kod QR MySejahtera serta menunjukkan Sijil Lengkap Vaksinasi dan status “Risiko Rendah, Tiada Simptom” kepada pegawai bertugas, sebelum dibenarkan masuk.
  6. Hanya pelawat berumur 12 tahun dan ke atas yang berstatus lengkap vaksinasi dibenarkan memasuki BNM MAG dan Kedai Muzium.
  7. Kanak-kanak bawah 12 tahun mesti ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.
  8. Wajib memakai pelitup muka pada setiap masa. Pelitup muka yang telah digunakan, perlu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  9. Saringan kesihatan akan dilakukan kepada setiap pelawat di pintu masuk BNM MAG.
  10. Hanya pelawat yang melepasi saringan, dan suhu badan di bawah 37.5°c dibenarkan masuk.
  11. Pelawat perlu memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 meter ketika menggunakan kemudahan dan sepanjang berada di BNM MAG dan Kedai Muzium.
  12. Bilangan pelawat dalam setiap galeri adalah terhad pada satu masa untuk mengelakkan kesesakan. Sila patuhi maksimum bilangan pelawat yang dibenarkan.
  13. Gunakan pensanitasi tangan dan cuci tangan dengan kerap.
  14. Sentiasa amalkan etika batuk dan bersin yang betul semasa berada di BNM MAG dan Kedai Muzium.
  15. Makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam BNM MAG dan Kedai Muzium.
  16. Loker disediakan bagi penyimpanan beg, jika perlu.
  17. Kedai Muzium hanya menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad debit/kredit sahaja.
  18. Surau ditutup sehingga diberitahu kelak.

Klik butang atau imbas kod QR dibawah untuk tempah slot lawatan anda:



Rancang Lawatan Anda

TINGKAT BAWAH

TINGKAT DUA

TINGKAT TIGA

Galeri Muzium Maya

Alami galeri-galeri menerusi dunia maya