Pameran Di Manakah Malaysia?
Sempena sambutan ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-50, pameran ‘Di Manakah Malaysia?’ memperlihatkan perkembangan kaedah pemetaan dua bahagian negara ini yang disatukan pada tahun 1963. Peta–peta yang dipamerkan ini mencakupi bidang yang luas, menggambarkan bukan sahaja pandangan dunia luar terhadap kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia malah menonjolkan keadaannya sepanjang 50 tahun yang lalu.
Seperti mana kartun ‘Where’s Wally?’ yang mencabar penonton untuk mencari seorang pemuda berpakaian belang merah dan putih, pameran ini memaparkan cabaran untuk mengenal pasti Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo pada suatu masa dahulu.
Sertai kami bagi mendalami sejarah dan peralatan kartografi Malaysia.
Pameran ‘Di Manakan Malaysia?’
L2, Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Isnin – Ahad, 10 pagi – 6 petang
Masuk Percuma