Kemudahan dan perkhidmatan

Bantuan keperluan khas
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia amat prihatin terhadap keperluan para pengunjung. Kemudahan-kemudahan yang dikenal pasti dan disediakan termasuklah laluan kerusi roda, lif dan bilik air khas untuk mereka yang kurang upaya.

Masuk adalah percuma
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri.
Lawatan berpandu percuma
Lawatan berpandu ada dikendalikan oleh Pemandu Lawatan Muzium. Tiada bayaran yang dikenakan. Sila e-mel kami di [email protected]

Kemudahan awam
Terdapat bilik-bilik air di setiap aras Muzium. Kemudahan ATM, mesin pembayaran tanpa tunai, loker peribadi dan surau ada disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Lif-lif yang boleh memuatkan kerusi roda dan kereta sorong bayi juga disediakan untuk mereka yang memerlukannya.