Tarikh Penyertaan
20 Sept - 20 Okt 2024

Tarikh Residensi
Nov 2024 - Jan 2025


Residensi Kijang (RisiK) ingin mengundang bakat muda Malaysia untuk meluaskan pengalaman dan kemahiran seni di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.

Kami menyediakan ruang studio khusus, memberikan sokongan profesional, dan insentif bagi menggalakkan para bakat muda berkarya. Residensi ini akan bermula dari bulan November 2024 hingga Januari 2025 (tertakluk kepada perubahan jadual) dan akan diakhiri dengan pameran.


Apa yang Anda Akan Peroleh

  1. Peluang untuk menggunakan ruang sepenuhnya bagi penyelidikan dan penghasilan karya seni.
  2. Akses kepada koleksi muzium dan sumber berkaitan untuk tujuan penyelidikan
  3. Bimbingan mentor dalam penyelidikan dan projek seni
  4. Potensi untuk meningkatkan kemahiran dan inspirasi untuk berkarya dan menjadi seniman profesional
  5. Peluang untuk membina hubungan jangka panjang melalui rangkaian Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Insentif

  1. Elaun bulanan: RM1,500.00
  2. Penginapan
  3. Ruang kerja/ Studio

Kriteria

Residensi Kijang mencari bakat muda Malaysia yang bekerja sepenuh masa dalam seni visual (seperti catan, lukisan, arca, cetakan, kolaj, asemblaj, media campuran, seni video dll.) yang memenuhi kriteria berikut:

  1. 40 tahun dan ke bawah
  2. 5+ tahun pengalaman pameran
  3. Aktif berkarya dan berdedikasi terhadap seni

Bakat muda yang dipilih sebagai artis residen perlu komited selama 3 bulan dan mencapai hasil berikut:

  1. Menghasilkan karya baharu yang bertemakan silang budaya, sosio-ekonomi dan/atau merentas disiplin;
  2. Mendokumentasikan proses berkarya secara bulanan;
  3. Melaksanakan bengkel seni yang bersesuaian untuk orang awam; dan
  4. Penyediaan pameran menjelang akhir residensi.

Keperluan Permohonan:

  1. CV termasuk maklumat pameran yang relevan (format PDF)
  2. Portfolio dengan sekurang-kurangnya 10 buah karya (format PDF)
  3. Biografi (format PDF)
  4. Pernyataan seniman (format PDF)

Lengkapkan dan e-mel kepada [email protected]


Application Period
20 Sept - 20 Oct 2024
Residency Period
Nov 2024 - Jan 2025


Residensi Kijang (RisiK) invites emerging Malaysian artists to an exclusive opportunity to expand their artistic experience and skills at the Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery.

This residency will take place from November 2024 to January 2025 (subject to schedule changes). We provide a dedicated studio space, professional support, and incentives to encourage artists to create. The residency will conclude with an exhibition.


What You will Gain

  1. The access to a dedicated space for research and creation of artworks
  2. Access to museum collections and related resources for research purposes
  3. Mentorship on research and art projects
  4. The potential to acquire skills and inspiration for developing artwork and becoming a professional artist
  5. The chance to build long-term relationships within the Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery network

Incentives

  1. Monthly allowance: RM1,500.00
  2. Accommodation
  3. Workspace/ Studio

Criteria

The Residensi Kijang is seeking full-time emerging Malaysian artists working in the visual arts (e.g. painting, drawing, sculpture, printmaking, collage, assemblage, mixed media, video art etc.) who meet the following criteria:

  1. 40 years old and below
  2. 5+ years of exhibition experience
  3. Active practice and commitment to arts

The artist awarded the residency must commit to 3 months and achieve the following outcomes:

  1. Develop new works that is cross-cultural, socio-economic and/or cross-disciplinary in nature;
  2. Document the artistic development process with monthly updates;
  3. Deliver a suitable art workshop for the public; and
  4. Prepare an exhibition at the end of the residency.

Application Requirements:

  1. Artist CV including relevant exhibition(s) information (PDF format)
  2. Portfolio with a minimum of 10 works (PDF format)
  3. Biography (PDF format)
  4. Artist statement (PDF format)

Complete and email to [email protected]