Pameran karya-karya terkini oleh ahli Persatuan Cat Air Malaysia dan pelukis-pelukis luar negara. Ia mempamerkan kepelbagaian pemandangan dan kehidupan harian di Malaysia dan di serata tempat di dunia. Antara pelukis-pelukis tanah air ialah Wong Seng Tong, Abdul Ghani Ahmad, Sharifah Zuriah Aljeffri, Aminah Abd Rahman, Chin Kon Yit dan Calvin Chua berserta pelukis seperti Chan Chang How (Singapura), Jong-Moo Lee (Korea), Laurin Maccracken (US) dan Truong Van Ngoc (Vietnam).
Bolehkah seni membantu proses penyembuhan ? Oi Nuen Sprunt meneroka ciri-ciri kualiti emotif tinta, guac, kertas dan fabrik dalam mengenang kejadian tsunami di Jepun pada tahun 2011. Ia turut sebagai memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa tsunami di Lautan Hindi. Menerusi audio visual terhadap pameran ShoutCryRoom di London pada tahun 2012, karya instalasi 360° ini telah menawarkan ruang untuk merenung dan berfikir.