ENGBM

Yusof Ghani
Ombak
Nafas Kehidupan

Nafas Kehidupan
11.11.2014 - 31.03.2015

Ombak berkisar tentang gelombang. Seperti gelombang lain, pameran ini melambangkan pergerakan yang begitu memukau. Pengembaraan mewarnai segalanya dalam kehidupan Yusof Ghani, secara harfiah dan metafora. Gambaran yang lebih lengkap daripada sebelum ini dipaparkan oleh Ombak, yang bukan hanya judul bagi siri terbaharunya tetapi juga ialah tinjauan terhadap apa yang berlaku setakat ini.

Karya-karya awal beliau yang dipamerkan menunjukkan sifat ingin tahu dan pencarian akan sesuatu seperti dalam siri Tari, Topeng, Wayang, Segerak, Hijau, Biring dan Wajah. Yusof Ghani merupakan pelukis yang sentiasa memberikan pesanan yang tersirat. Pesanan kian berubah saban tahun, tetapi perasaan di sebalik karya-karyanya sentiasa utuh dan ketara.

Siri Ombak, mempunyai tiga fasa dalam pengembaraannya iaitu: kemusnahan, kemanusiaan dan kebangkitan. Ombak membawa kita kembali kepada jejak pusaran ke akar umbinya dalam ekspresionisme abstrak. Beliau telah mengembara ke serata dunia dan gelombangnya tidak mengenal sempadan. Dengan menelusuri perkembangan beliau lebih dari 20 tahun, khalayak mampu melihat pelukis yang bebas ini kekal utuh di landasan sebenarnya. Sepertimana gelombang tsunami yang dasyat berlaku di Asia, jangkauannya terlalu jauh.

Yusof Ghani ialah antara pengkarya paling disegani – dan enikmatik – seorang seniman tanahair. Suatu gambaran yang lebih sempurna berbanding sebelumnya menerusi ‘Ombak’, dimana ia bukan saja sebuah tajuk siri terkini beliau malah juga suatu tinjauan yang telah dihasilkan sebelum itu. Semua ditampilkan dalam satu pameran. Dengan menyelusuri perkembangannya melalui lebih lapan siri yang berbeza, khalayak dapat melihat seorang pengembara bebas yang berpegang teguh kepada haluannya.

Waktu operasi: 10 pagi – 6 petang
Masuk percuma
Galeri Seni, Aras 3, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 603-91792784 Fax: 603-91792161
Email: [email protected]

Penampang
2014
Cat minyak atas canvas
142 x 163 cm