LESTARI ALAM
Pameran ‘Lestari Alam’ mengetengahkan keajaiban alam semula jadi di Malaysia menerusi karya yang dihasilkan oleh seniman-seniman kontemporari yang terpilih. Ia menampilkan hampir 80 karya seni, kebanyakannya dalam genre realisme. Pameran ini menyaksikan penglibatan mereka secara langsung dalam mengekalkan keseimbangan alam yang kian terancam. Menerusi pemerhatian dan usaha seniman-seniman tanah air ini, ia juga membuktikan Malaysia memiliki alam dan hidupan yang pelbagai.
SENIMAN
Abd Rasid Yusof
Adrian Ho
Charles Mawan
Choo Beng Teong
Dr Neoh Chin Boon
Jaafar Taib
Johan Marjonid
Latif Maulan
Monica Lee
Moy Siew Ting
Ong Soo Keat
Sazri Russalan
Teh Yew Kiang
Yeap Tho Seng
Zaharuddin Sarbini
BAKAT SENI BANK
Abdul Muid Latif
Herman Rawi
Ikhwanizam Ibrahim
Kamisah Abd Kadir
Khairulzamani Hamzah
Mohd Ubaidillah Daud
Mohd Faizal Abdul Latif
Myrzela Sabtu
Nurul Fatin Shakira Helmi
Rebecca Chong Shu Wen
Rina Abdul Rahim
Shahril Nizam Abdollah
Tan Mei Yueh
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia amat prihatin terhadap keperluan para pengunjung. Kemudahan-kemudahan yang dikenal pasti dan disediakan termasuklah laluan kerusi roda, lif dan bilik air khas untuk mereka yang kurang upaya.
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri.
Isnin - Ahad / 10am - 6pm
Terdapat bilik-bilik air di setiap aras Muzium. Kemudahan ATM, mesin pembayaran tanpa tunai, loker peribadi dan surau ada disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Lif-lif yang boleh memuatkan kerusi roda dan kereta sorong bayi juga disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
Lawatan berpandu ada dikendalikan oleh Pemandu Lawatan Muzium. Tiada bayaran yang dikenakan. Sila e-mel kami di [email protected]