MASIH ADA WAKTU

…untuk mula menyimpan.

…untuk belajar cara mengurus kewangan.

…untuk mula menyimpan.…untuk belajar semula tentang wang.

'MASIH ADA WAKTU’ merupakan pengembaraan ke dunia menabung dan pengurusan kewangan yang berhemat. Pameran ini membawa pengunjung menerokai sejarah tabung sehingga ke cara-cara masyarakat di serata dunia menyimpan wang dari dahulu kala sehingga sekarang ! Padat dengan panduan dan kaedah pintar dalam menguruskan kewangan peribadi, pameran ini berkonsepkan belajar sambil bermain dengan pelbagai artifak berejarah,

infografik menarik dan permainan interaktif menyeronokkan yang sesuai untuk seisi keluarga !

Nak tahu rahsia…

• URUS – perbelanjaan, simpanan, dan hutang anda

• BINA – simpanan untuk pelbagai matlamat

• TERUSKAN USAHA – dalam menambah dan melipatgandakan simpanan anda

Jom sertai kami!

Ingat, kita semua masih ada waktu (untuk mula menyimpan)

Sejarah: Mengenai Simpanan Wang dan Tabung

Mesti anda terfikir, menyimpan selalunya melibatkan wang sahaja. O-oh! Fikir semula.

Wang berubah mengikut peredarain masa, lalu mempengaruhi cara kita menyimpan. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana orang dahulu menyimpan harta? Dari kaedah zaman dulu hingga penggunaan tabung yang terkenal, jom ketahui cara-cara menabung bersama kami!


Ceritera: Bagaimana Malaysia Mula Menyimpan ?

Jom imbas kembali!

Terokai bagaimana negara dan masyarakat majmuk menyimpan harta mereka. Sejak tahun 1950-an hingga kini, banyak kisah-kisah yang menarik!

Petua: Bersedia Hari Ini untuk Kepentingan Hari Esok

Kenal pasti corak perbelanjaan anda, pelajari cara mengatasi berbelanja berlebihan, dan manfaatkan teknologi untuk meningkatkan tahap simpanan anda!

INGAT!
1) URUS - perbelanjaan, simpanan, dan hutang anda!

2) BINA - simpanan untuk semua tujuan!

3) BERSUNGGUH - dalam menambah dan melipatgandakan simpanan anda!

Masa untuk Bermain: Jom Menabung!

Bermain, belajar dan bergembira!

Kami bawakan kepada anda permainan Dam Ular - Edisi Kewangan!

Anda akan belajar membuat pilihan keangan yang mencabar.

Petua: Bersedia Hari Ini untuk Kepentingan Hari Esok

Di sini juga ada permainan susun suai gambar untuk anda selesaikan, sudut seni untuk anda berkarya, dan infografik menarik yang akan memberi panduan tentang pengurusan wang yang bijak.

Program Pameran

(Akan Datang)

Kedai Muzium

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan rasmi kami untuk pameran 'Masih Ada Waktu'—untuk diri sendiri atau sebagai hadiah!

• Payung Lipat • Dompet duit syiling zip • Kotak duit syiling yang boleh disusun
• Set Pensel • Pin Enamel Tersuai

Butiran Pameran

Lokasi

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Tingkat 2
Sasana Kijang, 2, Jalan Dato’Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia


Tempoh Pameran

12 Jun 2024 – 31 Jan 2025
Selasa - Ahad
10 pagi – 5 petang


Bayaran Masuk

Masuk percuma untuk semua pengunjung.
Perkhidmatan lawatan berpandu disediakan secara percuma (minima 20 orang dan tempahan awal diperlukan)


Ikuti Kami


Facebook Instagram X