ENGBM

Di Bank Negara Malaysia Muzium dan Galeri Seni, kami menawarkan beberapa program yang menarik untuk orang awam. Anda bukan sahaja dapat mempelajari bahan baru, anda juga dapat bersuka ria dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Program Terkini di Bulan Februari 2017

Bengkel Kolaj

11.02.2017 (Sabtu)
Sesi 1 : 10:30 pagi hingga 12:00 tengah hari (5 – 8 Tahun)
Sesi 2 : 2:00 petang hingga 3:30 petang (9 – 12 Tahun)


Seni kolaj merupakan satu activiti seni yang asas di zaman kanak-kanak dimana pelbagai bahan digabung dan ditampalkan bagi menghasilkan karya seni baharu. Kolaj membantu kanak-kanak menerokai deria penglihatan dan deria sentuhan dengan memperkenalkan bahan-bahan pelbagai tekstur, warna dan bentuk. Menerusi seni kolaj kanak-kanak akan diberi peluang untuk mereka karya seni sendiri dengan teknik cantuman cebisan gambar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan harian yang boleh didapati di kawasan sekeliling.

*Pendaftaran diperlukan kerana tempat adalah terhad.
Untuk pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected] dengan melengkapi maklumat-maklumat berikut:

Nama Program / Bengkel :
Nama Peserta :
Umur :
Nama Ibu/ Bapa (jikalau umur peserta adalah di bawah 18 tahun) :
No. Tel :
E-mel :

Ceramah Kerjaya – Bank Negara Malaysia

18.02.2017 (Sabtu)
10:30 pagi hingga 12:00 tengahari (13 - 17 Tahun)


Inginkah anda menjadi sebahagian daripada anggota profesional yang tinggi motivasinya, dinamik dan serba boleh dalam pelbagai bidang? Jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk menghadiri ceramah kerjaya dan biasiswa yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketahui bagaimana anda boleh merancang perjalanan kerjaya anda untuk menggalas tanggungjawab dalam usaha menggalakkan system monetari dan kewangan yang stabil serta membentuk sector kewangan yang kukuh dan progresif.

*Pendaftaran diperlukan kerana tempat adalah terhad.
Untuk pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected] dengan melengkapi maklumat-maklumat berikut:

Nama Program / Bengkel :
Nama Peserta :
Umur :
Nama Ibu/ Bapa (jikalau umur peserta adalah di bawah 18 tahun) :
No. Tel :
E-mel :

Membuat Kompos Sendiri

25.02.2017 (Sabtu)
10:30 pagi hingga 12:30 petang (13 Tahun dan ke atas)


Mengompos adalah cara mudah dan semula jadi untuk memperkayakan tanah dengan nutrien (humus). Kompos yang dihasilkan daripada sisa-sisa dari dapur dan halaman rumah seperti daun, ranting-ranting dan kayu kering, mengandungi nutrient (humus) yang menyuburkan dan mengekalkan kelembapan tanah. Bengkel ini akan memperkenalkan ilmu asas mengompos untuk membantu anda memulakan perjalanan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau.

*Pendaftaran diperlukan kerana tempat adalah terhad.
For registration, kindly email your interest to [email protected] dengan melengkapi maklumat-maklumat berikut:

Nama Program / Bengkel :
Nama Peserta :
Umur :
Nama Ibu/ Bapa (jikalau umur peserta adalah di bawah 18 tahun) :
No. Tel :
E-mel :

Program Tetap

Jom Buat Tabung

Jom Buat Tabung

Aktiviti ini merupakan aktiviti pendidikan dan menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 9 tahun. Kanak-kanak berpeluang untuk membuat tabung kertas sendiri dan mempelajari konsep berjimat, berbelanja dan berkongsi. Aktiviti ini juga mengajar kanak-kanak bahawa mereka juga boleh memilih cara untuk menguruskan wang mereka sendiri.

Berapakah Umur ‘Ringgit’?

Berapakah Umur ‘Ringgit’?

Dari manakah perkataan “Ringgit” wujud? Taklimat selama 45 minit ini membawa anda melihat kembali sejarah mata wang yang pernah digunakan di Malaysia. Keseronokan akan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat pada sesi pendedahan ini. Minat kanak-kanak terhadap bidang numismatic mungkin akan timbul dan ini boleh menambahkan para penyelidik/pengumpul di bidang numismatik.

Bank Negara Malaysia - Apa yang kami lakukan?

Bank Negara Malaysia - Apa yang kami lakukan?

Taklimat selama 45 minit ini menceritakan tentang peranan dan fungsi Bank Negara Malaysia. Penyertaan taklimat perlu di maklumkan lebih awal dan tertakluk kepada kesediaan fasilitator.

Apa Itu Wang

Apa Itu Wang

Tahukah anda tentang asal usul wang? Mengapakah wang sangat penting dalam kehidupan seharian? Pelajari sejarah awal pertukaran dan bentuk matawang sepanjang zaman. Fahami faktor-faktor yang menyebabkan perubahan bentuk mata wang dan konsep asas peredaran wang dalam pasaran. Program ini dibentuk khusus untuk pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Helaian kerja Numismatik

Helaian kerja Numismatik

Pelajar berpeluang untuk menerokai pengetahuan yang bernilai melalui kunjungan dan aktiviti pendidikan semasa lawatan ke Galeri Numismatik. Teroka dan pelajari jenis-jenis wang melalui aktiviti kertas kerja. Kertas kerja berpanduan sendiri ini disediakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

‘Get To Know Your Banknotes’ Talk

Taklimat ‘Mengenali Wang Kertas Anda’

Taklimat ini merangkumi tajuk-tajuk seperti ciri-ciri keselamatan, nilai tukaran untuk matawang yang rosak, langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya menemui matawang palsu dan cara untuk mengendalikan wang kertas polimer. Taklimat ini juga akan mengajar cara yang paling mudah untuk mengenali matawang kita dengan menggunakan kaedah ‘Rasa, Lihat, Sendeng dan Semak’.

Check out our past programmes