Ramai yang beranggapan insolvensi (tidak mampu bayar) dan bankrap adalah perkara yang sama, tetapi ia sangat berbeza. Insolvensi adalah ketidakmampuan untuk membayar hutang apabila sudah tamat tempoh pembayaran. Bankrap pula merupakan alternatif terakhir, apabila usaha lain untuk melunaskan hutang telah gagal.
Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta individu bankrap. Mereka juga mentadbir syarikat yang telah digulungkan (gulung tikar) dan pertubuhan dan kesatuan sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya. Aktiviti utama mereka melibatkan penzahiran dan penghasilan harta si bankrap, menentusahkan tuntutan yang difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh kepada pemiutang.
Note: