Laman Informasi Nasihat Dan Khidmat BNM (BNMLINK)

Orang ramai merupakan pihak berkepentingan yang utama bagi Bank Negara Malaysia (BNM). Matlamat BNM adalah untuk memenuhi keperluan orang ramai bagi mendapatkan maklumat dan nasihat bagi membantu mereka memahami isu ekonomi dan kewangan dengan lebih baik.

BNMLINK berfungsi sebagai pusat hubungan utama untuk berbincang dan berinteraksi dengan orang ramai dan perusahaan kecil. Perkhidmatan BNMLINK boleh didapati daripada pejabat utamanya di Kuala Lumpur dan lima Pejabat BNM yang lain di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Kakitangan di BNMLINK bersedia untuk membantu orang ramai dalam menangani isu atau masalah yang dihadapi secara berkesan. BNMLINK juga mengendalikan hal-hal lain yang melibatkan bidang perbankan, insurans, pembiayaan PKS, mata wang dan perkara lain di bawah bidang kuasa BNM. Bagi pertanyaan umum, orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat BNM dengan menghantar pertanyaan melalui eLINK https://telelink.bnm.gov.my/. Orang ramai juga boleh menghubungi TELELINK di talian 1-300-88-5465 dari hari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 5.00 petang)

Untuk interaksi secara bersemuka, Pusat Khdmat Pelanggan hanya menerima pelawat bagi kunjungan ke premis melalui janji temu sahaja. Orang ramai boleh membuat janji temu melalui eLINK atau BNMTELELINK

https://www.bnm.gov.my/-/bnmlink-services-remain-available