LATerasi Kewangan merupakan koleksi lebih daripada 150 karikatur tersendiri oleh Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, yang dimuatkan dalam 14 siri Buku Wang Saku atau Pocket Money Book. Sejak tahun 1999, sebanyak 15.5 juta naskhah Buku Wang Saku telah diedarkan kepada murid-murid sekolah, bertujuan untuk menyemai tabiat mengurus wang secara berhemat sejak dari usia muda lagi.

Buku Wang Saku yang merupakan hasil buah fikiran Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-7 iaitu Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen galakan tabungan peringkat kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 1996. Ia adalah usaha untuk memupuk celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan asas bagi program pendidikan kewangan yang diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di bangku sekolah. Inisiatif ini berkait rapat dengan beberapa inisiatif penting yang memberikan tumpuan kepada pendidikan kewangan di sekolah termasuk Program Sekolah Angkat, penubuhan Kelab Kewangan Pelajar di sekolah dan pewujudan laman sesawang ‘Duitsaku.com’ untuk pelajar mendapat akses kepada maklumat pendidikan kewangan secara dalam talian.

Karikatur yang tidak pernah lapuk dek zaman yang dipamerkan dalam pameran ini mengandungi mesej yang cukup mantap tentang pengurusan kewangan peribadi, tanggungjawab pengguna, nilai-nilai moral, budaya dan tradisi rakyat Malaysia.



Buku Wang Saku

Dapatkan Buku Wang Saku di sini

Belajar

Kaedah yang menyeronokkan untuk belajar pengurusan kewangan melalui karikatur LAT

Aktiviti

Muat turun kertas kerja 'Jom Mewarna'



Some image
Some image

Fakta menarik di sini

Some image

Bahagian 3 - Fakta - fakta Menarik

Ketahui fakta menarik mengenai tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Some image

Fakta menarik di sini

Some image

Fakta menarik di sini

Some image


Bahagian 6 - Kampung LAT