LATerasi Kewangan merupakan koleksi lebih daripada 150 karikatur tersendiri oleh Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, yang dimuatkan dalam 14 siri Buku Wang Saku atau Pocket Money Book. Sejak tahun 1999, sebanyak 15.5 juta naskhah Buku Wang Saku telah diedarkan kepada murid-murid sekolah, bertujuan untuk menyemai tabiat mengurus wang secara berhemat sejak dari usia muda lagi.
Buku Wang Saku yang merupakan hasil buah fikiran Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-7 iaitu Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen galakan tabungan peringkat kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 1996. Ia adalah usaha untuk memupuk celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan asas bagi program pendidikan kewangan yang diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di bangku sekolah. Inisiatif ini berkait rapat dengan beberapa inisiatif penting yang memberikan tumpuan kepada pendidikan kewangan di sekolah termasuk Program Sekolah Angkat, penubuhan Kelab Kewangan Pelajar di sekolah dan pewujudan laman sesawang ‘Duitsaku.com’ untuk pelajar mendapat akses kepada maklumat pendidikan kewangan secara dalam talian.
Karikatur yang tidak pernah lapuk dek zaman yang dipamerkan dalam pameran ini mengandungi mesej yang cukup mantap tentang pengurusan kewangan peribadi, tanggungjawab pengguna, nilai-nilai moral, budaya dan tradisi rakyat Malaysia.
Buku Wang Saku
Dapatkan Buku Wang Saku di sini
Belajar
Kaedah yang menyeronokkan untuk belajar pengurusan kewangan melalui karikatur LAT
Aktiviti
Muat turun kertas kerja 'Jom Mewarna'
Bahagian 1 - Pengenalan
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pameran LATerasi Kewangan.
Bahagian 2 - Rancang Kewangan Anda
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Perancangan Kewangan Anda.
Fakta menarik di sini
Bahagian 3 - Fakta - fakta Menarik
Ketahui fakta menarik mengenai tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.
Bahagian 4 - Pengurusan Kewangan
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Pengurusan Kewangan.
Fakta menarik di sini
Covid-19 – Pentingnya Merancang Kewangan
Tip Bagaimana Kekal Bersedia untuk Kegawatan Ekonomi
Kepentingan Memiliki Akaun Bank dan Keperluan untuk Mempunyai Dokumentasi Yang Sempurna
Moratorium: Penangguhan Bayaran Pinjaman
Bahagian 5 - Kesedaran Pengguna
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Kesedaran Pengguna.
Laman Informasi Nasihat Dan Khidmat BNM (BNMLINK)
E-pembayaran
Skim Cepat Kaya
Kad Kredit
Perangkap Hutang