Kenali Nusantara: Wang yang Membentuk Rantau Ini
26 Ogos – 26 Disember 2014
Kenali Nusantara: Wang yang Membentuk Rantau Ini merupakan sebuah pameran berinovatif yang meneroka sejarah Kepulauan Melayu yang menarik menerusi objek-objek berkaitan dengan wang. Ia mempamerkan wang yang dihasilkan dalam negeri dan juga dari luar negara, di mana pelawat-pelawat dapat melihat perhubungan dengan negara-negara jauh seperti Rom atau Parsi, yang turut menjangkau ke kerajaan-kerajaan awal Kepulauan Melayu, dan seterusnya kepada era perdagangan, pengembaraan dan penjajahan yang membawa kepada kemerdekaan.
Terdapat juga satu bahagian khas yang mempamerkan barang-barang yang diselamatkan dari kapal karam agar pelawat-pelawat dapat menyaksikan wang yang ditebus dari laut. Pameran ini meninjau sejarah negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei serta hubungan yang wujud sejak dahulu dengan setiap benua di dunia. Ia juga memberi peluang kepada khalayak ramai untuk menyaksikan sendiri wang yang jarang dilihat yang telah membentuk rantau ini.
Galeri Pameran Sementara, Aras 2
Masuk percuma