Seni Halus Fabrik
Ibarat nadi warisan kreatif negara, tekstil telah mendapat martabat yang tinggi di Malaysia. Statusnya menjadi samar apabila dibandingkan dengan karya seni halus apabila berada di dalam ruang yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat seniman tanah air yang tidak khuatir untuk merapatkan jurang di antara seni halus dan seni hias.
Pameran Seni Halus Fabrik meneliti karya tiga orang seniman yang telah berusaha ke arah ini: Allahyarham Syed Ahmad Jamal, mendiang Sivam Selvaratnam dan Fatimah Chik. Disamping persamaan minat yang mendalam, terdapat pula rangkaian jalinan di antara satu sama lain, dengan titik permulaan daripada Syed Ahmad Jamal, anak didiknya, Sivam Selvaratnam yang kemudiannya telah mendidik Fatimah Chik. Karya-karya seniman ini telah disatukan di dalam pameran ini bagi merapatkan jurang di antara seni halus dan seni gunaan.
Mulai 29 April – 8 Ogos 2014
10pg – 6ptg
Galeri Seni Aras 3
Masuk adalah percuma