Penutupan Sementara Galeri Seni sehingga 09 April 2025
Sesuatu yang baharu dan menarik akan menemui anda tak lama lagi!
Galeri seni mempamerkan koleksi seni Bank Negara Malaysia secara giliran. Ia terdiri daripada lukisan, cetakan, lakaran dan arca yang menyorotkan pembangunan negara dan sokongan Bank Pusat terhadap seni. Antara yang diketengahkan ialah pengkarya awal seperti Mohd Hoessein Enas, Yong Mun Sen, Chuah Thean Teng, Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussein sehinggalah kepada seniman muda hari ini.