Sempena tema Hari Merdeka tahun ini, pameran “Simfoni Sehati Sejiwa” memaparkan koleksi seni Bank Negara Malaysia, mencerminkan berbagai-bagai komponen yang menjadikan Malaysia unik. Gabungan seniman-seniman tempatan daripada pelbagai latar-belakang etnik dan karya-karya seni yang mengetengahkan latar dan pemandangan dari serata tanah air, ia dipamer bagi mencerminkan “Simfoni Sehati Sejiwa”. Hari Merdeka merupakan satu detik yang bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia sehingga mencetuskan sambutan perayaan pelbagai budaya dan tradisi yang dianjurkan di seluruh negara. Pameran ini turut meraikan perpaduan dengan menyerlahkan ikatan dan keakraban rakyat, melalui kaca mata seniman-seniman tanah air, antaranya Cheah Yew Saik, Norma Abbas, Khalil Ibrahim, Sharifah Fatimah, Chin Kon Yit, Redza Piyadasa dan Lingam Johnson.
Koleksi Seni Bank Negara Malaysia
Rhythm of Nationality
Kong Kien Choong
Mixed media on canvas, 2004
Dari 28.08.2015 hingga 3.10.2015 | 10pg – 6ptg
Galeri Seni Aras 3
Masuk percuma