ENGBM

Tahun ini merupakan tahun ke-59 Malaysia menyambut kemerdekaannya. Semenjak tahun 1957, Malaysia telah melahirkan banyak seniman tanah air yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1959, telah turut sama menyemarakkan lagi dunia seni semenjak tahun 1960-an dengan memperoleh karya seni dan bekerja sama dengan seniman tanah air khususnya menerusi pameran yang dianjurkan.

Pameran ‘MERDEKA 59’ ini memaparkan 59 koleksi seni Bank yang pelbagai, antaranya karya yang dihasilkan pada tahun 1959 oleh Cheong LaiTong. Kemudian, Chuah Thean Teng pula menggambarkan ‘Happy Family’ (1960-an), sepertimana yang seluruh rakyat Malaysia mahukan, sebuah negara yang harmoni dan makmur. Antara seniman lain yang karyanya diketengahkan dalam pameran ini ialah Hoessein Enas, Syed Ahmad Jamal, Fung Yow Chork, Yusof Ghani, Victor Chin, Shafie Hassan, Jalaini Abu Hassan, Bayu Utomo Radjikin dan Fauzul Yusri.


Muat Turun & Kongsikan Risalah Pameran (PDF, 829Kb)

Beach Beauty
BEACH BEAUTY
Mohd Hoessein
Oil Painting, 1961
Snow Landscape or Car Parking
SNOW LANDSCAPE or CAR PARKING
Ibrahim Hussein
Acrylic on canvas, 1963
Happy Family
HAPPY FAMILY
Chuah Thean Teng
Batik, 1960s
INTERIOR NO.13
INTERIOR NO. 13
Mastura Abdul Rahman
Acrylic on canvas, 1986
Kong Siew Temple, KL
KONG SIEW TEMPLE, KL
Fung Yow Chork
Oil on canvas, 1981
WAYANG KULIT
WAYANG KULIT
Nik Zainal Abidin
Watercolour on paper, 1969

Lokasi

Galeri Seni, Aras 3,
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia,
Sasana Kijang, 2, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Waktu operasi

10 pagi - 6 petang
Masuk Percuma