Berita Baik! Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia akan meraikan Hari Kanak-kanak 2016 di Muzium yang bertemakan “Seni Mata Wang” sempena pameran “Karya Kertas: Seni Mata Wang' sepanjang bulan Oktober dan November ini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak bagi meningkatkan celik kewangan serta mempelajari tentang sejarah mata wang dengan mengambil bahagian dalam aktiviti susun suai gambar, bengkel, ceramah, aktiviti amali dan banyak lagi.
Great news! Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery will be celebrating the 2016 Children's Day at the Museum for the month of October and November. The theme of the celebration is "Wallet Wonders" as it is in conjunction with our ongoing exhibition "Works on Paper: Art Inside the Wallet". There are many activities lined up for the children to enhance financial literacy and to learn about the history of money through fun and play, in the form of puzzle races, workshops, talks, hands-on activities and much more.
Penyertaan percuma
Admission is free
Sesi Pagi & Petang
Morning and Evening Sessions
Terbuka kepada umur dari 3 ke 17 Tahun
Opens to all ages from 3 to 17 Years Old
Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery, Sasana Kijang
Bermula dari 4 Oktober sehingga 30 November 2016
Starts from 4 October 2016 until 30 November 2016
Uji kemahiran adik-adik dengan cabaran susun suai 50 keping gambar Si Kijang dalam masa 45 minit dan menangi hadiah. Kanak-kanak berpeluang mengenali elemen visual yang dipamerkan di Galeri Numismatik.
Test your skills by completing the 50 pieces of Si Kijang jigsaw puzzle within 45 minutes and win a prize. Children will have the opportunity to identify visual elements displayed in the Numismatics Gallery.
Tahukah adik-adik tentang asal-usul wang? Mengapakah wang sangat penting dalam kehidupan seharian? Pelajari sejarah awal pertukaran mata wang, faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam bentuk duit dan konsep asas peredaran wang dalam pasaran.
Do you know the origin of money? Why is money important in our daily lives? Learn the early history of currency exchange, factors that caused changes in the shape of money and the basic concepts of circulation of money in a market.
Pelajari konsep asas pendidikan kewangan menerusi sesi ‘Jom Buat Tabung’. Aktiviti menarik ini disediakan khusus untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 9 tahun. Aktiviti menarik ini mendidik kanak-kanak bagaimana mengurus wang saku secara berhemah serta memberi peluang untuk mereka membuat tabung kertas sendiri.
Learn the basic concepts of financial education through a ‘Jom Buat Tabung’ session. This fun activity is developed specifically for children aged 4 to 9 years and teaches children how to manage their pocket money wisely while providing them with an opportunity to make their own paper-money box.
Dari manakah asalnya perkataan ‘Ringgit’? Taklimat selama 45 minit ini membawa adik-adik mengimbau kembali sejarah mata wang yang pernah digunakan di Malaysia. Kanak-kanak akan menikmati sesi taklimat menarik ini yang dapat mencetuskan minat adik-adik dalam bidang numismatik dan mungkin melahirkan generasi penyelidik numismatic serta pengumpul koleksi numismatik di masa akan datang.
Where did the word ‘Ringgit’ come from? This 45-minute lecture takes you back in time to look at the history of money used in Malaysia. Children will enjoy this enlightening session which could spark interest in numismatics, perhaps creating future numismatics researchers/collectors.
Program ini disediakan khas untuk memberi kesedaran mengenai ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada mata wang di mana ramai orang terutamanya kanak-kanak tidak menyedarinya dan pada masa yang sama program ini dapat menggalakkan kreativiti kanak-kanak dalam mereka bentuk wang kertas.
This programme is specially designed to create awareness of the security features on the banknote which most people especially children are not aware about and at the same time encourage children’s creativity when they design a banknote.
Program ini disediakan khas untuk melahirkan kesedaran dan memupuk minat terhadap seni visual dalam diri kanak-kanak. Program ini membolehkan adik-adik merasa pengalaman menghasilkan karya seni di dalam suasana sebenar di galeri seni.
This programme is specially designed to create awareness and appreciation of visual arts in children. The programme will enable children to experience creating their own art pieces in an actual art gallery.
Sesi taklimat kerjaya selama dua jam, bagi memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai pelbagai kerjaya yang terdapat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta perkongsian pengalaman bekerja oleh pegawai mereka.
A two hours career talk session for the purpose of spreading awareness and knowledge about the various careers available within the Fire and Rescue Department of Malaysia and to also share a Fire and Rescue Department officer’s working experience.
Pelajari ciri-ciri keselamatan Ringgit dengan menyertai sesi taklimat dan lakon peranan. Pelajar-pelajar berpeluang mengambil bahagian dalam permainan jual beli semasa sesi ini.
Learn more about the security features of the Ringgit by joining this interesting talk and role play activity that allows students to experience using money in a play environment.
Tahukah adik-adik tentang sejarah mata wang yang pelik dan ganjil? Aktiviti ini memperkenalkan sejarah latar belakang mata wang berbentuk pelik dan ganjil. Sesi ini disusuli dengan aktiviti amali yang menguji kemahiran adik-adik dalam menghasilkan replika wang menggunakan tanah liat.
Do you know the history of unusual and odd shaped currency? This activity features a historical background of unusual and odd-shaped currencies accompanied by a hands-on activity to challenge the children’s capability in creating the best money replica using modeling clay.
Ceramah kesedaran oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk memperkenalkan alat-alat penggunaan pembayaran tanpa tunai seperti kad Touch ‘n Go, kad debit dan perbankan mudah alih. Program ini juga akan memberi pemahaman tentang dunia pembayaran tanpa tunai.
This is an awareness talk by Touch ‘n Go Sdn Bhd to introduce the usage of cashless payment tools such as Touch ‘n Go card, debit card, mobile banking and internet banking. This is also to stimulate financial awareness and literacy in the digital world of cashless payment.
Sesi taklimat kerjaya selama dua jam bagi memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai pelbagai kerjaya yang terdapat di dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia dan perkongsian pegalaman bekerja oleh pegawai TUDM.
A two hours career talk session for the purpose of spreading awareness and knowledge on careers in the Royal Malaysian Airforce and an officer’s insight on working experience.
Aktiviti mewarna ini diinspirasikan daripada koleksi lukisan yang dipamerkan di Galeri Seni.
A colouring activity which is specially designed around the Bank’s collection exhibited at the Art Gallery.
Tayangan filem yang akan memberi pendedahan kepada ekonomi dengan cara yang menarik. Kanak--kanak akan diperkenalkan dengan asas-asas konsep ekonomi seperti penawaran dan permintaan, pengantian dan pengurangan menerusi filem “Willy Wonka and the Chocolate Factory”. Di akhir program mereka berpeluang untuk memenangi hadiah dengan menjawab soalan yang diberikan.
A movie to expose children to economics in a fun and interesting way. From the movie “Willy Wonka and The Chocolate Factory” children will be introduced to basic economic concepts such as supply and demand, substitution and scarcity. Prizes to be won at the end of the movie during the Q&A session.
Taklimat selama dua jam bagi perkongsian kesedaran dan pengetahuan mengenai peluang kerjaya dan program biasiswa di Bank Negara Malaysia.
A two hour talk to create awareness and knowledge sharing on career opportunities and scholarship programmes in Bank Negara Malaysia.
Kanak-kanak akan diajar asas penggunaan warna serta pelbagai kaedah penggunaan cat air.
Children will be given a fun lesson on the basics of color usage and various method of using water colours.
Uji kemahiran adik-adik dengan cabaran susun suai mata wang Malaysia yang bersaiz gergasi dalam masa 20 minit dan rebut peluang memenangi hadiah. Adik-adik berpeluang mengenali elemen-elemen visual yang digambarkan pada mata wang berkenaan.
Test your skills in completing a giant block puzzle with an image of a Malaysian currency within 20 minutes and win a prize. Children will get the opportunity to identify visual elements displayed in the giant currency.
Uji kecekapan daya penyelesaian masalah. Pencari harta karun perlu melengkapkan lembaran kertas kerja yang diberikan berdasarkan pembayang yang tersembunyi di galeri. Program ini sempena pameran “Karya Kertas: Seni Mata Wang”.
Challenge your problem-solving skills. This programme is specially designed in conjunction with “Works on Paper: Art Inside the Wallet”. Treasure hunters will try to complete the treasure hunt task sheet based on clues hidden in the gallery.
Ceramah mengenai kepentingan keselamatan kanak-kanak oleh PDRM. Kanak-kanak serta ibu bapa akan diberi penerangan mengenai pelbagai jenis jenayah yang melibatkan kanak-kanak seperti penculikan, dan penyeludupan kanak-kanak, buli dan rogol. Di akhir sesi ceramah ini,adik-adik berpeluang melihat demonstrasi seni mempertahankan diri selama 15 minit.
A two hours talk session about the importance of child protection by a speaker from PDRM. Children and parents will be briefed on the different types of crimes involving children such as kidnapping and child trafficking, bullying and rape. At the end of the session there will be a 15 minute self-defense demonstration.
Taklimat kerjaya selama dua jam bagi memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai pelbagai kerjaya yang terdapat di PDRM serta pengkongsian pengalaman bekerja oleh pegawai PDRM.
A two hours career talk for the purpose of spreading awareness and knowledge about the various career opportunities available within the Royal Malaysia Police and an officer’s insight on working experience.
Kanak-kanak akan membawa barang-barang kitar semula seperti kertas, tin, botol serta kotak. Mereka akan menggunakannya untuk mencipta produk baharu bergantung kepada kreativiti serta idea mereka.
Children will bring their own used materials, such as papers, cans, bottles and bottles. They will use them to create a new product based on their creativity and ideas.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh penulis buku “Jutawan itu Anakku”, Cik Lee Goh Hui, bertujuan untuk memberi penerangan tentang pengurusan kewangan kepada kanak-kanak.
This workshop will be conducted by the author of “Jutawan itu Anakku”, Ms Lee Goh Hui who will introduce children to financial management.