Karya Kertas

Seni Matawang

Dari 4 Ogos 2016 Hingga 30 November 2016


Ketahui Lebih Lanjut

Karya Kertas: Seni Matawang
Pameran ini menampilkan pembaharuan kepada subjek yang agak lama. Wang kertas telah wujud berabad-abad lamanya dengan reka corak yang unggul serta penambahan ciri-ciri keselamatan. Karya Kertas: Seni Matawang ini mempamerkan kesenian sesuatu yang bersaiz kecil tetapi begitu mengagumkan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bank-bank untuk menghasilkannya. Ia merupakan peluang untuk memasuki dunia yang kurang terserlah dan lazimnya terlindung dalam dompet.

Walaupun wang kertas tidak diperhatikan dengan teliti, ianya mempunyai banyak persamaan dengan karya seni lain yang di atas kertas. Kedua-dua kategori ‘karya kertas’ ini penuh dengan pemikiran dan kreativiti. Kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan yang berkualiti serta dilengkapi dengan tandatangan yang kadangkalanya bertarikh. Walaupun saiz wang kertas tidak seperti kanvas biasa, namun terdapat banyak karya seni yang dihasilkan dalam dimensi kecil sepertinya.

Bank Negara Malaysia tidak pernah ketinggalan dalam mengeluarkan wang kertas yang unggul. Siri terbaharu ini berwarna-warni dan berinovatif seperti wang kertas yang lain dalam edaran. Malaysia memberi keutamaan kepada keselamatan wang kertas. Kepentingan ciri-ciri keselamatan ini menambah dimensi baharu kepada pereka, pencetak dan bank-bank yang bekerjasama untuk menghasilkan wang kertas yang paling asas. Pameran ini membawa anda ke dunia wang kertas yang lazimnya tersembunyi.

Muat Turun & Kongsikan Risalah Pameran (PDF,1.4Mb)

Galeri


Dark Room
The Maze
Designer's Corner
Automated Cash Centre (ACC)

Kemudahan dan perkhidmatan


BANTUAN KEPERLUAN KHAS

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia amat prihatin terhadap keperluan para pengunjung. Kemudahan-kemudahan yang dikenal pasti dan disediakan termasuklah laluan kerusi roda, lif dan bilik air khas untuk mereka yang kurang upaya.

MASUK ADALAH PERCUMA

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri.

Isnin - Ahad / 10am - 6pm

KEMUDAHAN AWAM

Terdapat bilik-bilik air di setiap aras Muzium. Kemudahan ATM, mesin pembayaran tanpa tunai, loker peribadi dan surau ada disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Lif-lif yang boleh memuatkan kerusi roda dan kereta sorong bayi juga disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

LAWATAN BERPANDU PERCUMA

Lawatan berpandu ada dikendalikan oleh Pemandu Lawatan Muzium. Tiada bayaran yang dikenakan. Sila e-mel kami di infomuseum@bnm.gov.my

Peta